TIPS KESIHATAN


  • STRESS..




Stress?? Apa itu stress sahabat? Semua orang pasti akan stress disebabkan masa atau keadaan. Stress sememangnya tak dapat dielakkan dalam kehidupan kita.

Tahu tak stress sangat bahaya? Kenapa? 
Stress mampu merosakkan beberapa sistem imun tubuh dan melemahkan tubuh kita. Jadi seseorang itu mudah mendapat penyakit. Bahayakan sahabat?

Jadi, bagaimana untuk tangani stress?

Mudah saja sahabat, antaranya :

1. Pemakanan yang betul

Pastikan sahabat semua tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar tubuh badan memiliki tenaga yang mencukupi. Diet yang seimbang juga dapat menjamin tubuh badan mendapat zat yang diperlukan. 



2. Jangan bebankan diri

Kadang-kadang kita terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri sendiri. Jadi, elakkan diri dari mengambil tugas melebihi kemampuan kita. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. 

3. Berehat

Sekiranya kita selalu sibuk dan tidur yang tidak mencukupi, fikirkan. Tubuh badan kita memerlukan rehat selepas bekerja. Mendengar instrumental music juga dapat merehatkan minda. Bagi yang beragama Islam, solat dapat menenangkan diri. :)

*Cuba tips tersebut ya sahabat, yang penting senyum.



  • JEREBU
Sekarang Malaysia dilanda masalah jerebu lagi, setiap tahun macam ni. Jerebu ni boleh memudaratkan kesihatan kita terutamanya terhadap kanak-kanak, golongan "emas", ibu mengandung dan mempunyai masalah pernafasan ni. 

     Nak tahu tak jerebu boleh menyebabkan masalah pernafasan, gatal-gatal pada tekak dan mata & jangkitan pada saluran pernafasan dan sebagainya. Jadi, semua kenalah memakai penutup hidung dan mengurangkan aktiviti luar.


   Sahabat juga jangan lupa minum banyak air dan segera ke hospital sekiranya mengalami penyakit yang Lia sebutkan tadi ye. Jaga kesihatan ye!







No comments: