Wednesday 6 November 2013

APA ITU MAIXARA C-SENTIAL?

Assalamualaikum sahabatku,

Nampaknya hari dah mula panas & cerah balik, yelah semalam memang hujan jer. Alhamdulillah. Baiklah, hari ni Lia nak sembang tentang rahsia Maixara C-Sential pulak. Apa itu Maixara C-Sential?




Kebaikan Maixara C-Sential :

  • mengandungi vitamin C semulajadi yang dapat meningkatkan antibodi
  • mengurangkan ririsko darah tinggi & barah
  • membantu melawan stress
  • bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh
  • memberi perlindungan kepasa jantung
  • membantu mengurangkan bersin & selesema
Maixara C-Sential adalah vitamin C yang lengkap untuk seisi keluarga.



Ni antara testimonial pengguna Maixara C-Sential, memang terbaiklah!







Maixara C-Sential juga membantu menghilangkan jerawat, jeragat & parut. Malah merawat kulit yang mengalami penyakit seperti gatal ruam, ekzema & alahan makanan laut. Selain mencerahkan, melembutkan, menganjal, melicin & menghilangkan cela pada kulit.

Nak tahu berapa harga? Harga mampu milik, hanya RM90 (SM) & RM95 (SS).

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan di LYA e-SHOP sekarang @ sahabat boleh SMS : 013-2018813 @ WeChat/Whatsapp : 014-8707813.











Tuesday 5 November 2013

THE WEDDING BREAKER

Assalamualaikum sahabatku,

Nampaknya hari ni mendung je, musim hujan kot. Tapi tapi tapi bukan Lia nak sembang tentang hujan, macam peramal kaji cuaca pulak kan. Saje ambik "feel" tengok awan yang mendung sambil menulis. 

Hari ni Lia nak kongsikan tentang novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Lia "excited" sebab novel ni bakal didramakan di TV3. Novel ni sangat menarik. Lia beli novel ni bulan Januari, tak sangka pulak bakal didramakan. Tapi drama ni ditukar judulnya menjadi "Ariana Rose".


Novel ni tentang seorang wanita yang bernama Ariana Rose yang sanggup menyamar demi menggagalkan perkahwinan sahabatnya yang bernama Tengku Juwita. Siapakah yang bakal membawa watak Ariana Rose yang cantik & menjadi rebutan ramai jejaka? 



Nilah Ariana Rose semasa babaknya menyamar sebagai wanita yang mengandungkan anak Tengku Adam Kamil, Nur Fathia sebagai Ariana Rose. Kita nantikan berjaya @ tak dia membawa watak sebagai Ariana Rose. Keith Foo pulak membawa watak sebagai Tengku Adam Kamil, Tasha Shilla sebagai Tengku Juwita dan beberapa pelakon lagi. 










Drama "Ariana Rose" akan ditayangkan pada bulan Disember, jadi kita tunggu ya sahabat. Tahniah kepada penulisnya Evelyn Rose kerana karyanya telah diangkat menjadi drama.

Jom terjah blog beliau!












Saturday 2 November 2013

JOM "SHOPPING" !

Assalamualaikum sahabat,

Akhirnya Lia berkesempatan juga untuk mencoret sepatah dua di sini. Hari ini, Lia nak cerita serba sedikit tentang produk-produk yang Lia jual. Sekarang ni Lia tambah beberapa jenis produk di LYA e-SHOP , jadi tak payah segan2, ramai2 la serbu LYA e-SHOP ye!

LYA e-SHOP jugak menjual Krim Ibu Putih Nina SkinCare, nak tahu kehebatan krim ni? Antara kebaikan Krim Ibu Putih Nina SkinCare ni : 

  • mencerahkan kulit seawal 1 minggu
  • kecerahan yang dialami adalah sekata & natural
  • tiada kesan sampingan
  • tiada berlakunya penggelupasan
  • menghaluskan pori-pori
  • menghilangkan jerawat , jeragat & tompok2 awal penuaan
  • menghilangkan parut & cela
  • mencerahkan bahagian2 yang gelap seperti celah paha, ketiak, leher & lain2.



Nak tahu macam mana cara menggunakan Krim Ibu Putih Nina SkinCare ni? Sebenarnya, krim ini bertindak sebagai "booster" dalam rangkaian penjagaan wajah atau kulit sahabat iaitu untuk memberikan kesan kecerahan yang maksima & berkekalan. Krim ni sangat pekat, jadi sahabat perlulah campurkan krim ni dengan krim yang biasa sahabat guna.

Contohnya, campurkan sedikit sahaja krim Ibu Putih ni ke dalam krim pelembab @ krim malam sahabat. Kemudian sapukan pada wajah @ kulit sebelum tidur. Untuk bahagian badan yang lain, campurkan dengan losyen badan sahabat & disapu rata. Sahabat kena ingat, lakukan secara rutin setiap ahri & lihatlah kesan kecerahan yang sahabat ingini hanya dalam beberapa hari saja!


Krim Ibu Putih NinaSkincare ni diformulasikan daripada ekstrak biji anggur & bebas daripada bahan kimia hidrokuinon. Jadi sahabat jangan risau tentang kesan sampingannya !

Krim ni cuma berharga RM40 (SM) & RM45 (SS). Murahkan? Apa tunggu lagi, Jom dapatkan Krim Ibu Putih Nina SkinCare di LYA e-SHOP @ SMS : 013-2018813 @ WECHAT/WHATSAPP : 014-8707813 sekarang !






Sunday 13 October 2013

HARI JUBAH SAYA

Assalamualaikum sahabat,

Agak lama jugak rasanya tak menulis kat sini, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar masa Hari Jubah Lia berlangsung. Sekarang dah balik ke bumi Kenyalang tercinta. Semasa di bumi Tanjong Malim hari tu, tiba-tiba rindu pulak dengan zaman belajar di UPSI. Maaflah agak terlewat sikit nak cerita tentang Hari Jubah sebab sibuk bercuti. Ni antara gambar yang sempat "ditangkap" hari tu.




Sedih jugak rasanya sebab tak berkesempatan nak berjumpa dengan semua kawan kawan yang lain hari tu, Tahniah Lia ucapkan buat kawan yang lain. 


Sempat jugaklah 'cuti-cuti Malaysia' bersama keluarga hari tu. Siap pergi Hot Spring Sg Klah, Perak. 



Jadi, siapa yang suka berenang macam ikan duyung tu jom datang Hot Spring Sg Klah ni, terbaiklah!

Walaupun cerita dah basi, Lia tetap nak kongsikan jugak. Nak buat macam mana kan. Jangan lupa "shopping" di LYA e-SHOP, dijamin perkhidmatan terbaik diberikan. Promosi la sikit kan?

Thursday 5 September 2013

Menanti Hari Bahagia

Assalamualaikum dam salam Jumaat sahabat,

Nampak bersawang jugaklah Blog Lia ni, ye la minggu terakhir Ramadhan memang sibuk sangat hari tu. Masuk je bulan Syawal makin la sibuk. Hari ni merupakan 30 Syawal, cepat je masa berlalukan. 

"Hari Bahagia", wah nampak macam bahagia sangatlah. Taklah, cuma Lia nak kongsikan minggu depan Hari Jubah Lia pula yang menyusul. Insyaallah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sekalung ijazah tu la hadiah buat ayah & ibu yang banyak berdoa & berkorban sampailah Lia berjaya. Giliran Lia untuk menerima ijazah pada 12.Sept.2013, sesi petang. Sepanjang Istiadat Konvokesyen ke 15 berlangsung, Pesta Konvokesyen juga tak ketinggalan. Macam-macam program dijalankan, antaranya :







Jadi, jom kita meriah Pesta Konvokesyen Ke 15 UPSI yang bakal berlangsung minggu depan. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye sahabat.


Thursday 18 July 2013

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum sahabat semua, 

Bagaimana puasa sahabat semua? Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan sehingga ke hari ni untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Mesti sahabat semua hari2 pergi ke Bazar Ramadhan (BaRam) nak beli juadah untuk berbuka. Semasa bulan puasa ni kita berpeluang untuk merasai pelbagai jenis juadah yang sedap lagi menyelerakan yang jarang kita temui di bulan biasa. Apa tunggu lagi, kat sini Lia nak kongsikan antara juadah berbuka puasa.






Semasa kita membeli juadah untuk berbuka puasa tu, janganlah membazir. Jangan beli ikut nafsu ye sahabat. Lia pula lebih gemar masak sendiri kat rumah berbanding membeli juadah di luar. Hari tu, Lia berpeluang buat rojak buah atas permintaan Ibu tercinta. Nak tahu tak resipi kuah rojak yang Lia buat. Jom intai kat sini .


Jom cuba resipi tu!

#Gambar ikhlas daripada Encik Google



Thursday 11 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum sahabat,

Alhamdulillah, akhirnya kita berpeluang lagi bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan tahun ni. Macam mana dengan puasa hari kedua sahabat? Syukurlah kita bersahur dan berbuka dengan makanan yang enak di samping keluarga dan insan tersayang. Tapi janganlah kita lupa pada insan yang tidak senasib dengan kita. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang bermakna buat kita semua. Lia tak nak cerita panjang2, penat jaga budak2 hari ni tadi. Memandangkan Lia sekarang dah tamat pengajian & tengah menunggu panggilan kerja sebagai guru ganti. Harap2lah Lia ada rezeki nak jadi guru ganti. Doa2kan ya sahabat. Sebelum tu, Lia nak ucapkan Selamat Berpuasa buat sahabat semua. :)


*Gambar ihsan daripada Encik Google



Tuesday 25 June 2013

Rezeki

Assalamualaikum sahabat semua,

Semua sihat? Maklumlah, sekarang musim jerebu, kena jaga kesihatan. Jangan lupa baca entry Lia tentang Jerebu kat sini ok!

   Tapi Lia bukan nak cerita tentang jerebu, tapi nak kongsi tentang LYA e-SHOP . Syukur, Alhamdullilah sebab ada jugak yang sudi membeli produk-produk yang ada kat LYA e-SHOP ni. Jadi, hari ni Lia nak berkongsilah antara produk yang Lia jual. Ni produk terbaru daripada AuraWhite, terbaik punya!


   Nak gebu macam Hanez Suraya, cubalah AuraWhite Chocolate Indulgence ni, nak tahu apa kebaikan AuraWhite terbaru ni? Antara kebaikan AuraWhite ni   :

  • anti oksida yang paling tinggi
  • formulasi terbaik untuk pencerahan kulit
  • bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi
  • anti STRESS
  • sesuai untuk lelaki dan wanita


    Bagi yang suka makan coklat, bolehlah mencuba produk terbaru daripada AuraWhite ni. Sahabat yang berminat bolehlah menghubungi di nombor berikut : 013-2018813 atau Like & PM Page LYA e-SHOP sekarang !


Monday 24 June 2013

Menarik di U.P.S.I

Assalamualaikum sahabatku,

Sekarang ni musim jerebu, jadi diharap semua jaga kesihatan ok! Sebenarnya bukan nak cerita tentang jerebu ye. Tapi nak cerita tentang 'lawatan' Lia dan kawan-kawan ke Muzium Pendidikan Nasional di UPSI. Padahal 8 semester belajar kat UPSI, semester 8 barulah nak melawat muzium tu. Apa yang menarik tentang muzium ni, muzium ni menyimpan khazanah yang berkaitan dengan sejarah pendidikan SITC. Muzium tersebut terdapat beberapa bahagian di dalamnya. Nak tengok gambar yang Lia sempat ambil semasa melawat di situ? 









Kalau nak tahu tentang perkembangan sejarah pendidikan Malaysia, tokoh-tokoh pendidikan bolehlah berkunjung ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI yang menyimpan pelbagai sejarah dan khazanah pendidikan. 

*Semangat tu melawat muzium sebab nak habis belajar dah. 

Friday 21 June 2013

Syukur + Macam-macam

Assalamualaikum sahabat semua,

Alhamdulillah, Lia rasa syukur sangat sebab... Nak tahu tak?
Saja bagi berdebar sikit baca, ye tak. Tak adalah, sebenarnya Lia dah habis belajar lepas selesainya 'exam' 5 Jun hari tu. Sekarang tengah tunggu keputusan 'exam', sambil tu ingat nak cari kerja sementara la dulu. Tapi tak tahu nak cari kerja apa?? Sebelum tu Lia nak 'promote' la sikit kerja kosong yang ada di ChurpChurp. Ada tiga kerja kosong yang boleh sahabat semua cuba nasib :

  • Account Executive/Manager
  • Community Executive
  • Ad Ops Executive
Nak tahu lebih lanjut, semuanya ada di sini . Bagi yang berminat, bolehlah sahabat semua hantarkan CV ke alamat email ini .


Friday 31 May 2013

Serulah semangatku...

Assalamualaikum sahabatku,

Hari ni tanggal 1 Jun, masyarakat Dayak menyambut perayaan Gawai di Sarawak. Lia ada tulis serba sedikit tentang perayaan Gawai. Rajin-rajinkan diri membaca entry yang ringkas tu di sini.

Tapi Lia bukan nak cerita tentang tu, minggu depan Lia ada "exam". Tapi semangatnya tak ada nak belajar, padahal ni la "exam" terakhir Lia di Suluh Budiman ni. Insyaallah lepas ni kot Lia mula belajar ye. 

Lia nak ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat sahabat Lia yang akan "exam". Semoga dipermudahkan segalanya.


*Gambar ihsan daripada Mr. Google

Sunday 26 May 2013

Jom "Shopping" !

Assalamualaikum kesayangan Lia,

Alhamdulillah, syukur sebab sekarang LYA e-SHOP dah berusia hampir 3 bulan lebih. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dan pelanggan yang sudi membeli produk di LYA e-SHOP. Sekiranya sahabat sekalian nak beli apa-apa produk kecantikan @ kesihatan, bolehlah awak, anda & kamu berkunjung ke Page LYA e-SHOP ni.