Thursday 18 July 2013

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum sahabat semua, 

Bagaimana puasa sahabat semua? Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan sehingga ke hari ni untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Mesti sahabat semua hari2 pergi ke Bazar Ramadhan (BaRam) nak beli juadah untuk berbuka. Semasa bulan puasa ni kita berpeluang untuk merasai pelbagai jenis juadah yang sedap lagi menyelerakan yang jarang kita temui di bulan biasa. Apa tunggu lagi, kat sini Lia nak kongsikan antara juadah berbuka puasa.






Semasa kita membeli juadah untuk berbuka puasa tu, janganlah membazir. Jangan beli ikut nafsu ye sahabat. Lia pula lebih gemar masak sendiri kat rumah berbanding membeli juadah di luar. Hari tu, Lia berpeluang buat rojak buah atas permintaan Ibu tercinta. Nak tahu tak resipi kuah rojak yang Lia buat. Jom intai kat sini .


Jom cuba resipi tu!

#Gambar ikhlas daripada Encik Google



Thursday 11 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum sahabat,

Alhamdulillah, akhirnya kita berpeluang lagi bertemu dengan bulan mulia bulan Ramadhan tahun ni. Macam mana dengan puasa hari kedua sahabat? Syukurlah kita bersahur dan berbuka dengan makanan yang enak di samping keluarga dan insan tersayang. Tapi janganlah kita lupa pada insan yang tidak senasib dengan kita. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang bermakna buat kita semua. Lia tak nak cerita panjang2, penat jaga budak2 hari ni tadi. Memandangkan Lia sekarang dah tamat pengajian & tengah menunggu panggilan kerja sebagai guru ganti. Harap2lah Lia ada rezeki nak jadi guru ganti. Doa2kan ya sahabat. Sebelum tu, Lia nak ucapkan Selamat Berpuasa buat sahabat semua. :)


*Gambar ihsan daripada Encik Google