Sunday 13 October 2013

HARI JUBAH SAYA

Assalamualaikum sahabat,

Agak lama jugak rasanya tak menulis kat sini, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar masa Hari Jubah Lia berlangsung. Sekarang dah balik ke bumi Kenyalang tercinta. Semasa di bumi Tanjong Malim hari tu, tiba-tiba rindu pulak dengan zaman belajar di UPSI. Maaflah agak terlewat sikit nak cerita tentang Hari Jubah sebab sibuk bercuti. Ni antara gambar yang sempat "ditangkap" hari tu.




Sedih jugak rasanya sebab tak berkesempatan nak berjumpa dengan semua kawan kawan yang lain hari tu, Tahniah Lia ucapkan buat kawan yang lain. 


Sempat jugaklah 'cuti-cuti Malaysia' bersama keluarga hari tu. Siap pergi Hot Spring Sg Klah, Perak. 



Jadi, siapa yang suka berenang macam ikan duyung tu jom datang Hot Spring Sg Klah ni, terbaiklah!

Walaupun cerita dah basi, Lia tetap nak kongsikan jugak. Nak buat macam mana kan. Jangan lupa "shopping" di LYA e-SHOP, dijamin perkhidmatan terbaik diberikan. Promosi la sikit kan?