Tuesday 5 November 2013

THE WEDDING BREAKER

Assalamualaikum sahabatku,

Nampaknya hari ni mendung je, musim hujan kot. Tapi tapi tapi bukan Lia nak sembang tentang hujan, macam peramal kaji cuaca pulak kan. Saje ambik "feel" tengok awan yang mendung sambil menulis. 

Hari ni Lia nak kongsikan tentang novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Lia "excited" sebab novel ni bakal didramakan di TV3. Novel ni sangat menarik. Lia beli novel ni bulan Januari, tak sangka pulak bakal didramakan. Tapi drama ni ditukar judulnya menjadi "Ariana Rose".


Novel ni tentang seorang wanita yang bernama Ariana Rose yang sanggup menyamar demi menggagalkan perkahwinan sahabatnya yang bernama Tengku Juwita. Siapakah yang bakal membawa watak Ariana Rose yang cantik & menjadi rebutan ramai jejaka? 



Nilah Ariana Rose semasa babaknya menyamar sebagai wanita yang mengandungkan anak Tengku Adam Kamil, Nur Fathia sebagai Ariana Rose. Kita nantikan berjaya @ tak dia membawa watak sebagai Ariana Rose. Keith Foo pulak membawa watak sebagai Tengku Adam Kamil, Tasha Shilla sebagai Tengku Juwita dan beberapa pelakon lagi. 










Drama "Ariana Rose" akan ditayangkan pada bulan Disember, jadi kita tunggu ya sahabat. Tahniah kepada penulisnya Evelyn Rose kerana karyanya telah diangkat menjadi drama.

Jom terjah blog beliau!












No comments: