Indahnya Sarawak

Assalamualaikum sahabatku,

Hari ini tanggal 1 Jun, masyarakat Dayak di Sarawak akan menyambut perayaan "Gawai Dayak". Perayaan ini disambut untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Semasa Pesta Gawai, terdapat pelbagai jenis makanan tardisional dan air tuak yang menjadi sajian utama perayaan tersebut. Tuai Gawai iaitu Ketua Rumah Panjang akan memulakan upacara "miring". Upacara tersebut merupakan upacara untuk mendoakan semoga penghuni rumah panjang tersebut dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 


Apa yang paling menarik tentang Pesta Gawai, adanya Tarian Ngajat yang akan dipersembahkan oleh anak teruna dan dara masyarakat Iban. 



Apa-apa pun, Lia nak ucapkan Selamat Hari Gawai buat masyarakat Dayak yang menyambutnya. 


*Gambar ihsan daripada Mr.Google. :)



No comments: