Friday 31 May 2013

Serulah semangatku...

Assalamualaikum sahabatku,

Hari ni tanggal 1 Jun, masyarakat Dayak menyambut perayaan Gawai di Sarawak. Lia ada tulis serba sedikit tentang perayaan Gawai. Rajin-rajinkan diri membaca entry yang ringkas tu di sini.

Tapi Lia bukan nak cerita tentang tu, minggu depan Lia ada "exam". Tapi semangatnya tak ada nak belajar, padahal ni la "exam" terakhir Lia di Suluh Budiman ni. Insyaallah lepas ni kot Lia mula belajar ye. 

Lia nak ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat sahabat Lia yang akan "exam". Semoga dipermudahkan segalanya.


*Gambar ihsan daripada Mr. Google

Sunday 26 May 2013

Jom "Shopping" !

Assalamualaikum kesayangan Lia,

Alhamdulillah, syukur sebab sekarang LYA e-SHOP dah berusia hampir 3 bulan lebih. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dan pelanggan yang sudi membeli produk di LYA e-SHOP. Sekiranya sahabat sekalian nak beli apa-apa produk kecantikan @ kesihatan, bolehlah awak, anda & kamu berkunjung ke Page LYA e-SHOP ni.



Monday 20 May 2013

PERKAHWINAN

Assalamualaikum sahabat semua,

Syukur, minggu-minggu yang sibuk dan menyesakkan jiwa semakin berlalu. Sekarang Lia tumpu nak siapkan Encik Tesis tercinta. Sabtu & Ahad yang lepas, Lia mengikuti Kursus Pra Perkahwinan. Eh, bukan Lia nak nikah lagi. Saja nak tambah ilmu memandangkan dah semester terakhir di bumi Tanjong Malim ni. *Padahal niat asal, nak sijil je. Betulkan nawaitu balik, sebab tersentap lepas kena ceramah Ustaz. Kursus ni banyak sangat ilmu yang Lia dan sahabat yang lain dapat. Persediaan sebelum mendirikan rumah tangga sangat penting. Tak kira la dari segi fizikal, mental dan sebagainya. Banyak sangat pengisian yang dapat hari tu, semua yang kita belajar masa sekolah menengah dulu semua ada. Akidah, Ibadah, Akhlak, dan macam-macam lagi. Tu lah perkahwinan dalam Islam. Lengkap sangat dari segi persediaan sebelum kita mendirikan rumah tangga. Insyaallah, kalau berkesempatan lagi Lia kongsikan sedikit ilmu Kursus Pra Perkahwinan ye. :)



* Tak lupa juga, Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berbahagia sehingga hujung nyawa.

#Gambar ihsan Encik Google.

Saturday 4 May 2013

Peluang Kerjaya bersama ChurpChurp

Assalamualaikum sahabatku,

Berita gembira kepada sesiapa yang masih mencari pekerjaan, nak tahu kerja apa?? Siapa yang kaki "online"   tu, bolehlah cuba nasib di ChurpChurp.


  • Media Sales
  • Community Executive
  • Web Developer
Jangan lupa hantarkan CV anda, awak, kali ke CHURPCHURP , untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut pulak anda, awak, kalian boleh ke sini .

* Jom cuba nasib !




Friday 3 May 2013

Peraduan "Explorer-On-The-Go"

Assalamualaikum sahabatku,

Hari ni Lia nak cerita tentang peraduan "Explorer-On-The-Go" yang dianjurkan oleh Astro. Acara ni akan diadakan :

Tarikh : 18. Mei. 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 a.m
Lokasi : Sunway Piramid

Nak tahu apa yang paling menarik, tentulah hadiah-hadiah yang disediakan. Hadiah-hadiah sangatlah "terbaik, menarik & da boom" :

2 x Samsung Galaxy S4
3 x Apple iPad Mini
3 x Nexus 7
1 x Apple iPhone 5
Wang TUNAI berjumlah melebihi RM3,000 menanti anda !



Syarat-syarat untuk menyertai Peraduan ni senang saja :

Sahabat hanya perlu menulis satu entri blog yang SANGAT kreatif. Mudahkan? Jadi, apa tunggu lagi hantarkan penyertaan awak, anda dan sahabat sekalian ke NUFFNANG

*Semoga berjaya!





Majlis Pragraduasi

Assalamualaikum sahabatku,

Maaflah, lama sangat tak update entry ni. Hampir-hampir nak bersawang dah. Minggu lepas sibuk sangat dengan tugasan dan tesis. Tapi hujung minggu lepas, sangat "best" sebab Lia dan sahabat-sahabat pergi bercuti. Eh, taklah. Kami ada Majlis Pragraduasi di Bukit Merah Lake Town Resort. Sangat seronok sebab dapat berkumpul dengan rakan yang lain seramai 116 orang, ni semua budak Bahasa Melayu semester 8. Sampai je di Bukit Merah terus makan, berseronok tak ingat dunia di Waterpark sampai petang. Malam pulak, ada Majlis Makan Malam Ekapaksi 2013. Sangat "ohsem". Esoknya, kami melawat Ecopark pulak. Tak rugi pergi sana, menenangkan jiwa yang sedang sesak dek tekanan Encik Tugasan dan Encik Tesis. Jom tengok gambar kami di sana :)







* Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hendaknya. :)